iklan2

Followers

Monday 9 July 2012

Gabungan PAS, UMNO dan Surah Al Ahzab

Aku meneruskan bacaan tafsir Al Quran..Sampailah pada Surah Al Ahzab aku termenung sejenak, ayat ni amat menyentuh perasaan aku..aku kaitkan dengan suasana politik kat malaysia..amat terang dan jelas maksud ayat ini jika dikaitkan dengan suasana politik tanah air kita..



Bagaimana Allah menerangkan perihal perangai orang2 munafik ketika berhadapan dengan kaum muslimin. Ketikamana mereka dalam keadan selesa dan kuat, mereka sombong dan bongkak lagi baghil. Ketika mereka lemah dan terkapai kapai kelemasan mereka datang untuk meminta bantuan, dan apabila mereka kembali selesa dan hilang rasa gerun, mereka kembali mencela kamu dengan lidah yang tajam.



Suasana politik malaysia pada hari ini kalau dikaji dan diperhatikan memang betul2 terjadi peristiwa seperti keterangan ayat diatas dan memang ada golongan yang berperangai semacam ini..Contoh, kita dapat perhatikan bagaimana peristiwa Umno menyingkirkan PAS suatu ketika dahulu selepas PAS menolong UMNO untuk menyelesaikan masalah perkauman ketika terjadinya peristiwa 13 Mei.

" PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan. 

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana." (petikan dari sejarah Parti Islam semalaysia)

Selepas berlakunya perpecahan yang teruk dalam parti Islam ini, sedikit demi sedikit ulama' dan penyokong2  istikomah yang ingin melihat sinar Islam dibumi malaysia kembali bersinar telah menyusun dan mengembeling tenaga untuk membangkitkan kembali wadah islam.

Selepas berlakunya tsunami politik dimalaysia, PAS kembali kuat dan mampu untuk menawan 3 buah negeri, (Kelantan, Perak dan Kedah). walau bagaimanapun tipu muslihat UMNO kembali dengan agenda jahat mereka. Mereka merampas Perak dengan cara yang sungguh kotor dan tidak melalui saluran demokrasi. Beberapa wakil rakyat PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar parti lalu mengumamkan diri mereka sebagai parti bebas yang cenderung pada UMNO seterusnya menyebabkan Perak kembali dirampas oleh BN.

Walaubagaimanapun, PAS tetap istikomah memperjuangkan Islam. Namun sekali lagi kedengaran suara sumbang UMNO untuk berbincang dan menjalinkan hubungan dengan PAS. UMNO telah menyedari sokongan melayu padanya tidak lagi sekuat dulu. setiap perhimpunan yang PAS anjurkan dipenuhi dengan berpuluh ribu penyokong jauh berbeza dengan program yang dianjurkan UMNO.  Walau disogok dengan berbagai program, sambutan rakyat masih rendah. semua jabatan dipaksa menghantar wakil, pelajar sekolah dikerah untuk menyertai program yang langsung tidak memberi munafaat melainkan konsert dan nyanyian yang boleh melalaikan.



Sikap UMNO untuk bergabung dengan PAS tidak langsung menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan melainkan hanya untuk matlamat sementara. bagaimana kita lihat hak kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS berkenaan dengan royalti minyak masih lagi dinafikan. peruntukan dan bantuan wajib yang sepatutnya diperolehi oleh setiap negeri di lambatkan dan disalurkan kepada jabatan yang ditubuhkan dibawah kerajaan pusat. Disebabkan demikian, PAS telah mengambil jalan berkecuali dan memutuskan untuk tidak menyahut seruan UMNO. Ini berdasarkan pengalaman lepas yang menyebabkan PAS lebih berhati2 untuk mengadakan sebarang permuafakatan dengan parti assobiyyah ini.



Sehingga ke hari ini, propaganda UMNO untuk menjatuhkan PAS semakin menjadi2. Setiap perkara yang nagetif dikaitkan dengan PAS. berbagai2 fitnah dilemparkan sehingga UMNO melebalkan PAS sebagai sesat dan membawa ajaran syiah. Namun, berbekalkan semangat Islam yang utuh. PAS terus melangkah dan terus berpegang kepada perinsip "Amar Makruf Nahi Mungkar."  



Sekian....

No comments:

Post a Comment